Maarof Zakaria

Maarof Zakaria ialah seorang peguam dan pengasas Bank Kebangsaan Melayu (Malay National Bank) iaitu bank pertama yang khusus untuk orang Melayu. Bank ini terletak di Klang Street, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuh dengan bermodalkan 27 ekar tanah dan mempunyai 2 juta saham yang hanya dibuka kepada orang Melayu.[1] Semasa penubuhannya, bank asing yang beroperasi adalah The Chartered Bank (milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Kedua-dua bank ini tidak memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu terpaksa berurusan dengan ceti-ceti untuk mendapatkan pinjaman wang dan dikenakan kadar faedah yang tinggi.Maarof merupakan seorang peguam kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau seangkatan dengan Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaaba (16 September 1895-23 Oktober 1973). Maarof pernah menjadi pegawai daerah di Perak.Antara anaknya ialah pelakon veteran Malaysia, Datuk Mustapha Maarof. Bagi mengenang jasa beliau, sebatang jalan di Bangsar telah dinamakan Jalan Maarof. [2]